Resepi creamy mushroom soup ini boleh dijadikan pilihan sarapan pagi yang mengenyangkan untuk seisi keluarga, terutamanya anak-anak sebelum memulakan aktiviti harian. Gabungan ayam, cendawan dan jagung memberikan pelbagai tekstur dalam setiap suapan. Tambahan keju cheddar pula menjadikan kuah sup lebih pekat, berkrim dan menyelerakan.

Menariknya, sup cendawan ini boleh dinikmati bersama pelbagai jenis roti mengikut selera masing-masing. Anda boleh mencicah roti putih, roti prata atau roti kegemaran lain ke dalam kuahnya. 

Jika anda sedang mencari idea sarapan yang boleh disediakan sendiri di rumah, resipi ini boleh dicuba. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya juga tidak terlalu rumit. Anda boleh menyediakan sup ini pada waktu pagi untuk dinikmati bersama keluarga sebelum memulakan hari.

Baca juga: Resipi Sup Cendawan Shiitake Ini Nikmat Tak Terkata, Meriah Sebab Boleh Letak Aneka Bahan Kegemaran!

RESEPI CREAMY MUSHROOM SOUP

resepi creamy mushroom soup

Bahan-bahan:

  • 1 tin cendawan, dihiris nipis
  • 1 tin jagung
  • 2 sudu besar marjerin
  • Ayam yang diperap dengan serbuk paprika
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 kotak kecil susu
  • 2 keping keju cheddar
  • Serbuk oregano secukupnya
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk paprika secukupnya
  • 1 kiub ayam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan marjerin dalam periuk.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap dengan serbuk paprika. Masak hingga ayam hampir masak.
  3. Masukkan bawang putih kisar dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan cendawan yang telah dihiris nipis. Gaul hingga sebati.
  5. Tambahkan serbuk oregano, lada putih, paprika dan kiub ayam.
  6. Tuangkan susu ke dalam periuk. Masukkan keju cheddar dan kacau hingga larut.
  7. Masukkan jagung dan gaul rata.
  8. Biarkan sup mendidih sambil dikacau perlahan. Setelah kuah menjadi berkrim dan semua bahan masak, tutup api.

Sumber: Threads @mynameiselmi

Baca juga: Resipi Sup Cendawan Dan Roti Bawang Putih Ala Pizza Hut, Makan Panas-Panas Memang Layan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending