Resepi ayam masam manis antara pilihan lauk yang sesuai dimasak untuk makan tengah hari atau makan malam. Gabungan isi ayam goreng dengan kuah yang mempunyai rasa manis dan masam memang membuka selera, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih panas.
Hidangan ini menggunakan bahan yang mudah didapati seperti sos cili, sos tomato, tomato segar dan nanas dalam tin. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan kuah yang cukup rasa, dengan sedikit rasa masam daripada tomato dan nanas yang melengkapkan rasa manis sos.
Untuk hasil yang lebih menyelerakan, ayam digoreng terlebih dahulu sehingga kekuningan sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Cara ini menjadikan ayam lebih enak dan kuah pula menyelaputi setiap potongan ayam dengan sempurna. Jom cuba resipi ini untuk hidangan seisi keluarga!
Baca juga: Cara Masak Ayam Kurma ‘Extra’ Sedap, Gabung 2 Jenis Rempah Ini Barulah Lain Rasanya!
RESEPI AYAM MASAM MANIS

Bahan-bahan:
- 500g isi ayam (dipotong mengikut saiz yang disukai)
- 3 biji tomato (dipotong mengikut suka)
- 2 sudu besar nanas dalam tin
- 3 sudu besar tepung serbaguna (tepung Bestari)
- 5 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 sudu besar gula
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Gaulkan isi ayam bersama tepung serbaguna sehingga setiap potongan ayam bersalut rata.
- Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng ayam sehingga kekuningan, kemudian angkat dan ketepikan.
- Ambil 2 hingga 3 sudu besar minyak lebihan gorengan ayam tadi untuk menumis.
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan air secukupnya. Gaul rata dan biarkan kuah mendidih.
- Masukkan ayam goreng, nanas dalam tin dan tomato yang telah dipotong. Gaul sehingga semua bahan bersalut dengan kuah.
- Setelah semua bahan sebati, angkat dan hidangkan ayam masam manis bersama nasi putih panas.
Tip: Jika suka kuah yang lebih pekat, gunakan air secukupnya sahaja supaya rasa sos tidak terlalu cair. Ayam juga boleh dimasukkan pada akhir proses memasak supaya salutan gorengannya tidak terlalu lembik.
Sumber: Irda Hir
Baca juga: Rahsia Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Melikat, Gaul Dengan Nasi Panas Memang Layan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

