sayur pedas cendawan

Sayur pedas cendawan kulat busut memang antara masakan kampung yang nampak ringkas tapi rasa dia tak mengecewakan. Sekali makan, terus teringat masakan orang dulu-dulu yang serba ringkas tapi penuh jiwa dalam setiap suapan.

Kalau zaman sekarang kita biasa dengan menu viral dan resipi fancy, tapi hidangan macam ini tetap ada tempat di hati ramai. Lagi-lagi bila disebut kulat busut atau kukat tahun, terus terbayang lauk kampung yang dimasak dengan cara paling asas tapi hasilnya memang padu sungguh.

Ramai generasi lama membesar dengan masakan begini, tapi harapnya Gen Z pun kenal dan tak lupa resipi tradisi macam ini. Kadang-kadang, yang simple itulah yang paling sedap dan buat kita rindu suasana makan zaman kecil dulu.

Baca juga: Resipi Tebu Telur Masak Lemak, Lauk Kampung Yang Legend & Menambat Selera

RESIPI SAYUR PEDAS CENDAWAN

sayur pedas cendawan

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Cendawan/kulat busut (kukat tahun)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa (jika perlu)

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Jangan terlalu halus, biar ada “texture” sikit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
  3. Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis sampai naik bau wangi yang menyelerakan.
  4. Masukkan cendawan atau kulat busut yang sudah dibersihkan.
  5. Gaul rata dan masak sekejap sahaja sampai cendawan layu dan sebati dengan rempah.
  6. Perasakan dengan garam jika perlu.
  7. Siap untuk dihidang panas-panas dengan nasi putih.

Kadang-kadang, masakan paling simple itulah yang paling “melekat” di hati. Sayur pedas cendawan kulat busut ini bukan sekadar lauk, tapi juga memori dan kenangan zaman dulu yang susah nak diganti. Kalau jumpa bahan ini, jangan lupa cuba sendiri di rumah. Sekejap saja masak, tapi confirm laju habis bila makan beramai-ramai!

Sumber: Suraya Ismail

Baca juga: Resipi Teresek Jantung Pisang, Lauk Legend Orang Lama Yang Kini Makin Susah Jumpa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN