
Bayam brazil antara jenis sayur yang semakin digemari kerana teksturnya yang rangup dan rasanya yang segar. Selain dimasak sebagai hidangan harian, sayur ini juga boleh diolah menjadi kudapan menarik seperti bayam goreng yang garing, ringan dan penuh rasa.
Jika selama ini bayam hanya disajikan sebagai lauk tumis atau masakan berkuah, resipi bayam brazil rangup ini boleh jadi pilihan untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Daun bayam disalut dengan campuran tepung berempah sebelum digoreng sehingga menghasilkan tekstur rangup yang sedap dinikmati.
Mudah disediakan dengan bahan yang ringkas, kudapan ini sesuai dibuat untuk minum petang, hidangan sampingan atau sekadar kudapan ketika bersantai bersama keluarga. Sekali cuba, pasti ramai teruja dengan rasa bayam yang rangup di luar tetapi masih mengekalkan rasa segar sayurnya.
Baca juga: Resipi Bayam Banchan, Lauk ‘Side Dish’ Ala Drama Korea Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup
RESEPI BAYAM GORENG TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan:
- Daun bayam brazil secukupnya (ambil bahagian daun sahaja), cuci bersih
- 5 sudu besar tepung ayam goreng original
- 1 sudu besar tepung ayam goreng pedas
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk kari
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Campurkan tepung ayam goreng original, tepung ayam goreng pedas, tepung beras, tepung jagung dan serbuk kari ke dalam satu bekas. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
- Masukkan daun bayam brazil yang telah dicuci bersih ke dalam bekas lain.
- Taburkan campuran tepung ke atas daun bayam, kemudian tutup bekas dan goncangkan perlahan-lahan supaya semua daun bersalut tepung dengan rata.
- Panaskan minyak secukupnya. Goreng daun bayam brazil yang telah disalut tepung dalam minyak panas.
- Goreng sekejap sahaja sehingga bayam kelihatan garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
- Bayam goreng brazil crunchy sedia dinikmati. Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos kegemaran.
Sumber: shafiquecute_officia
Baca juga: Resipi Sayur Bayam Tumis Udang, Menu Simple Yang Mudah & Berkhasiat
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














