Cara buat donat kampung tanpa susu dan telur ini sesuai untuk yang nak menyediakan kuih homemade dalam kuantiti kecil. Bahan-bahannya pun mudah didapati di dapur, antaranya tepung gandum, gula, marjerin dan beberapa bahan lain.

Walaupun tak menggunakan susu dan telur, donat kampung ini tetap boleh menghasilkan tekstur yang lembut apabila adunan diuli dengan betul dan diberi masa untuk mengembang. Bahagian luarnya pula digoreng hingga masak sebelum disalut dengan gula kastor.

Menariknya, resipi ini hanya menggunakan satu setengah cawan tepung gandum, jadi sesuai untuk yang nak buat sedikit sahaja supaya tak membazir jika tak habis dimakan. Jom cuba resipi donat kampung yang mudah ini!

Baca juga: Resipi Bingka Jagung Sukatan Cawan, Bakar Sampai Atasnya Garing Keemasan Barulah Sempurna!

CARA BUAT DONAT KAMPUNG TANPA SUSU & TELUR

cara buat donat kampung

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan air biasa
  • 1 sudu besar yis kering
  • Gula kastor secukupnya untuk salutan
  • Tepung gandum secukupnya untuk membentuk adunan
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung gandum, gula pasir, garam, marjerin, air biasa dan yis kering. Gaul semua bahan sehingga sebati, kemudian biarkan selama 15 minit.
  2. Uli adunan sehingga licin dan tidak berketul. Biarkan selama 45 minit hingga satu jam atau sehingga adunan mengembang.
  3. Apabila adunan sudah kembang, tekan perlahan-lahan untuk membuang angin. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut saiz donat yang diinginkan.
  4. Bentukkan setiap bahagian menjadi bulat dan salut sedikit dengan tepung gandum supaya tidak melekat. Ulang langkah ini sehingga semua adunan selesai dibentuk.
  5. Susun donat dan biarkan selama 30 minit untuk proses mengembang kali kedua.
  6. Panaskan minyak masak dengan api sederhana. Goreng donat sehingga masak dan berwarna keemasan, kemudian angkat dan toskan minyak.
  7. Ketika donat masih suam, gaulkan dengan gula kastor sehingga bersalut rata.
  8. Donat kampung tanpa susu dan telur siap untuk dinikmati. Hidangkan bersama kopi atau teh panas untuk sarapan dan minum petang.

Sumber resipi dan gambar: Noor Suhadha

Baca juga: Resepi Cucur Jagung Sedap Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Ini Rahsia Adunannya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending