resipi roti boy

Kalau anda sedang mencari resipi roti boy yang mudah, gebu dan menjadi walaupun tanpa bread maker atau mixer, resipi ini memang wajib cuba. Rahsianya terletak pada penggunaan buttermilk yang membantu menghasilkan tekstur roti yang lembut, ringan dan gebu seperti kapas.

Roti Boy sememangnya antara roti kegemaran ramai kerana aroma kopi yang harum serta tekstur rotinya yang lembut di bahagian dalam. Bila baru keluar dari oven, baunya memang boleh buat satu rumah rasa lapar. Tambah pula dengan lapisan topping kopi yang rangup di luar, memang susah nak berhenti makan.

Menariknya, resipi ini tidak memerlukan bahan pelembut roti dan tidak perlu menguli terlalu lama. Hasilnya tetap memuaskan dengan tekstur roti yang lembut dan boleh kekal sedap untuk beberapa hari jika disimpan dengan betul.

Baca juga: Resipi Roti Sosej Goreng Homemade Yang Lembut & Gebu, Boleh Buat Frozen Untuk Stok Di Rumah!

RESIPI ROTI BOY LEMBUT & GEBU MACAM KAPAS

resipi roti boy

Bahan buttermilk:

  • 200 ml susu suam
  • 2 sudu makan cuka makan

Bahan roti:

  • 200 ml buttermilk
  • 50 ml air suam
  • 1 biji telur
  • 4 sudu makan gula
  • 1 ½ sudu teh yis kering
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • 3 sudu makan marjerin

Bahan topping kopi:

  • 120 gram marjerin atau Buttercup
  • 100 gram gula kastor
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh serbuk kopi
  • 2 sudu makan air panas
  • ½ sudu teh emulco kopi
  • 140 gram tepung gandum

Cara-cara peenyediaan:

  1. Campurkan susu suam dan cuka makan. Kacau hingga sebati dan biarkan beberapa minit sehingga menjadi buttermilk.
  2. Dalam bekas besar, masukkan buttermilk, air suam, telur, gula dan yis kering. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Gaul sehingga menjadi doh.
  4. Tambahkan marjerin dan teruskan menggaul sehingga doh menjadi licin dan tidak terlalu melekat.
  5. Tutup bekas dan biarkan doh mengembang sehingga naik dua kali ganda.
  6. Tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan angin, kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian sama saiz.
  7. Bulatkan doh dan susun di atas loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
  8. Rehatkan semula sehingga doh mengembang.
  9. Untuk topping kopi, bancuhkan serbuk kopi dengan air panas hingga larut.
  10. Pukul marjerin dan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur satu per satu sambil terus mengacau.
  11. Tambahkan bancuhan kopi dan emulco kopi, kemudian masukkan tepung gandum dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut.
  12. Masukkan adunan topping ke dalam piping bag dan paipkan secara berpusing di atas setiap doh yang telah mengembang.
  13. Bakar pada suhu 190°C menggunakan api atas dan bawah selama 20 hingga 25 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  14. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Sumber: Nurul Syafiqah

Baca juga: Cara Buat Puding Roti Marble Lembut Berlemak, Makan Sejuk-Sejuk Boleh Licin Satu Loyang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN