cara buat puding roti

Cara buat puding roti marble sebenarnya sangat mudah dan sesuai untuk sesiapa yang nak guna roti lebihan di rumah. Daripada membazir, roti yang dah hampir expired boleh ditukar jadi pencuci mulut yang lembut, berlemak dan sedap dimakan sejuk-sejuk.

Dalam rutin harian, memang selalu jadi situasi roti tak habis. Kadang beli banyak, tapi tak termakan. Jadi, resipi macam ini memang praktikal dan menjimatkan. Tambah pula bahan-bahan lain semuanya jenis asas yang mudah jumpa di dapur.

Menariknya puding roti marble ini, bukan saja sedap tapi nampak cantik dengan corak berlapis. Sesuai sangat kalau nak hidang untuk keluarga atau tetamu. Cara buat pun tak renyah, memang sesuai untuk beginner yang baru nak cuba buat dessert sendiri.

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Coklat Kukus Yang Lembut Berlapis, Cantik & Sedap Macam Kedai

CARA BUAT PUDING ROTI MARBLE

cara buat puding roti

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 5 keping roti (buang bahagian tepi)
  • 20 gram agar-agar tali
  • 1 liter air
  • 2 sudu besar butter atau marjerin

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan susu cair, susu pekat, telur dan roti ke dalam blender. Kisar hingga halus dan sebati.
  2. Dalam periuk, masak agar-agar bersama air dan gula sehingga larut sepenuhnya. Jika ada ketulan, boleh tapis. Kalau dah larut elok, tak perlu tapis.
  3. Tuangkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar. Masukkan butter atau marjerin. Masak sambil kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Titiskan pewarna pilihan ke setiap bahagian dan kacau rata.
  5. Tuangkan adunan secara berselang-seli ke dalam loyang atau bekas menggunakan senduk. Tunggu setiap lapisan agak mengeras sebelum tuang lapisan seterusnya untuk dapatkan corak marble yang cantik.
  6. Biarkan sejuk seketika, kemudian masukkan ke dalam peti ais. Hidangkan selepas betul-betul sejuk. Memang lagi sedap bila dimakan sejuk.

Sumber: Thread @yusma.mustafa

Baca juga: Buat Sendiri Puding Kastard Buah Di Rumah, Creamy, Manis & Cantik Dipandang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN