
Tiada yang lebih menyegarkan daripada minuman sejuk seperti air soda pudina laici bila azan Maghrib berkumandang.Kombinasi manis buah laici, daun pudina dan air soda yang menyegarkan memang buat tekak terus lega selepas seharian berpuasa.
Jika anda tiada idea nak buat minuman apa untuk berbuka hari ini, jom cuba resipi di bawah. Confirm puas hati!
Baca juga: Resipi Air Buah Naga Susu Pekat & Creamy, Minum Sejuk-Sejuk Memang Terus Rasa Segar!
RESIPI AIR SODA PUDINA LAICI

Bahan-bahan:
- 6–8 biji buah laici segar (boleh juga guna laici tin)
- 6–8 helai daun pudina
- 4–5 biji limau nipis kecil
- 1 sudu besar sirap laici (pilihan, untuk rasa lebih manis)
- Soda sejuk secukupnya
- Ais batu secukupnya
Cara penyediaan:
- Basuh daun pudina dan buah laici dengan bersih. Jika menggunakan laici tin, toskan dulu.
- Perahkan limau nipis ke dalam gelas pilihan. Tambah sirap laici jika mahu rasa lebih manis.
- Masukkan buah laici dan daun pudina ke dalam gelas.
- Tambahkan ais batu secukupnya.
- Tuang soda sejuk hingga penuh dan kacau perlahan supaya semua rasa bercampur.
- Hidangkan terus untuk rasa yang paling segar.
Minuman ini sesuai dijadikan pilihan berbuka kerana ia bukan sahaja menyegarkan, malah aroma pudina dan manis buah lychee membuatkan ia lebih menarik dan menyegarkan tekak.
Sumber: Nana Iryana
Baca juga: Resipi Air Pink Guava Laici Asam Boi Untuk Berbuka, Campuran Manis & Masam Yang Menyegarkan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














