resipi air buah naga

Bulan Ramadan memang tak lengkap tanpa minuman sejuk yang menyegarkan untuk berbuka puasa. Resipi air buah naga susu ini antara yang boleh dicuba nanti, pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Manis buah naga yang dicampur aiskrim vanila dan susu, cukup sedap bila diminum sejuk-sejuk, sesuai untuk berbuka atau sebagai pencuci mulut.

Apa yang menarik, minuman ini mudah sangat nak buat. Hanya perlukan buah naga, ais, susu pekat dan aiskrim untuk hiasan. Boleh ubah ikut cita rasa, nak lebih manis, lebih sejuk atau lebih krim, semua boleh.

Baca juga: Resipi Air Pink Guava Laici Asam Boi Untuk Berbuka, Campuran Manis & Masam Yang Menyegarkan

RESIPI AIR BUAH NAGA SUSU YANG PEKAT & CREAMY

resipi air buah naga

Bahan-bahan:

  • Ais secukupnya
  • 1 biji buah naga (dipotong dan dikisar tanpa air)
  • ½ sudu besar susu pekat manis
  • Susu sejat secukupnya untuk isian
  • Aiskrim vanila untuk hiasan
  • Buah naga potong sebagai hiasan

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan ais ke dalam gelas pilihan.
  2. Tuangkan buah naga yang telah dikisar tanpa air ke atas ais.
  3. Tambahkan ½ sudu besar susu pekat manis.
  4. Isikan susu sejat secukupnya mengikut citarasa manis yang diingini.
  5. Hias dengan aiskrim vanila di atas minuman dan taburkan potongan buah naga sebagai hiasan.
  6. Sedia untuk dinikmati sejuk atau segera setelah disediakan.

Sumber: Nordiana Ab Kadil

Baca juga: Air Mangga Homemade Segar & Manis Cukup Rasa, Sekali Minum Pasti Nak Lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN