
Bila bulan Ramadan tiba, minuman sejuk dan menyegarkan memang jadi kegemaran untuk berbuka. Salah satu pilihan yang popular ialah Air Pink Guava Laici Asam Boi.
Gabungan guava merah yang manis, asam boi, serbuk asam dan buah laici memberikan rasa yang manis, masam dan segar. Resipi ini bukan sahaja mudah disediakan, malah sesuai untuk seisi keluarga.
Minuman ini juga boleh disesuaikan dengan kepekatan rasa dan tahap manis atau masam mengikut cita rasa sendiri. Sesuai untuk dijadikan menu berbuka yang cepat dan menyegarkan.
Jika anda mahu cuba sesuatu yang lain daripada air sirap atau air teh biasa, resipi air ini memang pilihan tepat untuk berbuka puasa nanti.
Baca juga: Air Mangga Homemade Segar & Manis Cukup Rasa, Sekali Minum Pasti Nak Lagi!
RESIPI AIR PINK GUAVA LAICI ASAM BOI

Bahan-bahan:
- 1 kotak Peel Fresh pink guava
- 5 biji asam boi
- 1 sudu besar serbuk asam
- Setengah tin buah dan air laici (tin)
- Ais secukupnya (ikut kepekatan dan cita rasa sendiri)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan air pink guava, asam boi dan serbuk asam ke dalam jug atau bekas minuman.
- Tambahkan air dan buah laici, kacau perlahan supaya buah tidak hancur.
- Masukkan ais Secukupnya mengikut kepekatan dan rasa yang anda suka.
- Tuang ke dalam gelas dan hidangkan segera untuk kesegaran maksimum.
Sumber: Nordiana Ab Kadil
Baca juga: Rupanya Boleh Buat Air Mojito Versi Halal, Ini Resipi Jimat Sempoi Untuk Berbuka Bersama Keluarga
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














