resipi sambal hijau

Resipi sambal hijau ini sangat sedap walaupun cara penyediaannya ringkas sahaja. Hidangan ini memang cukup nikmat apabila dinikmati bersama nasi berlauk seperti gulai ikan atau ayam, semuanya serasi dan melengkapkan selera.

Rasa sambal yang tidak pedas langsung membuatkan hidangan ini sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur. Sekali rasa, pasti memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya dan membuatkan tangan tidak berhenti nak tambah lagi.

Baca juga: Resipi Sambal Telur Berlado, Bukan Saja Sedap Tapi Lauk Jimat Tengah Bulan!

RESIPI SAMBAL HIJAU NASI BERLAUK

Bahan kisar:

  • Segenggam besar cili padi hijau Thai
  • 1 biji limau kasturi (buang semua biji)
  • 1 biji bawang merah bersaiz bola ping pong
  • 1 ulas bawang putih
  • 20 ml cuka
  • 30 ml air kosong
  • Garam, gula dan perasa secukup rasa
  • 3-4 hiris asam limau nipis (perah selepas dikisar, masukkan sekali kulit jika nak)

Tip: Jika ingin simpan sambal lebih lama, keluarkan kulit limau nipis kerana ia akan mengubah warna sambal menjadi hijau olive selepas beberapa hari.

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam tabung pengisar.
  2. Kisar sehingga sebati tetapi jangan sampai lumat hancur. Sambal masih elok ada tekstur sedikit kasar.
  3. Tuang sambal ke dalam mangkuk.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Perahkan 3-4 hiris asam limau nipis ke dalam sambal. Masukkan sekali kulitnya jika ingin rasa lebih wangi.

Sambal hijau ini rasanya segar, tidak terlalu pedas dan sangat sedap walaupun ringkas sahaja. Sesuai dimakan bersama nasi, lauk goreng atau sebagai pencicah.

Sumber: Afy Al Habibi

Baca juga: Ibu Mentua Ajar Resepi Sambal Jantan Kelantan, Rasa Pedas Masam Yang Cukup Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN