
Nak buat sambal yang tahan lama tanpa peti sejuk, kami cadangkan anda cuba resepi Sambal Jantan Kelantan yang padu. Dengar namanya macam pelik, tapi rasanya memang luar biasa.
Sambal Jantan Kelantan antara pelengkap wajib di dapur orang Pantai Timur, terutamanya apabila nak makan dengan nasi berlauk atau nasi kerabu. Jika suka sambal yang pedas dan masamnya seimbang, inilah sambal yang wajib dicuba.
Menurut perkongsian Yusma Mustafa di Facebook, beliau belajar sendiri resepi Sambal Jantan Kelantan daripada ibu mentuanya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Sambal Belacan Kisar Tahan Lama, Jadi Stok ‘Emergency’ Bila Tiba-Tiba Lapar!
RESEPI SAMBAL JANTAN KELANTAN

Bahan-bahan:
- ½kg cili padi merah
- Cuka (ikut paras cili padi dalam blender)
- 3 ulas bawang merah
- ½ labu bawang putih
- 8 sudu besar gula
- 5 sudu besar garam
Cara-cara buat:
- Mula-mula, bakar bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu.
- Selepas itu, masukkan semua bahan ke dalam blender.
- Kemudian, kisar sekejap saja. Jangan terlalu halus supaya ada tekstur.
- Akhir sekali, simpan dalam bekas bersih dan tertutup.

Sambal Jantan Kelantan sangat sesuai dimakan dengan nasi berlauk, nasi kerabu, laksa atau laksam. Selain itu, nak makan dengan nasi goreng atau mee goreng pun boleh.
Selamat mencuba!
Sumber: Yusma Mustafa
Baca juga: Resepi Sambal Balado Ala Indonesia, Padu Sangat Sampai Nasi Goreng Jadi Lebih Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














