sup tauhu telur simple

Cuaca sejuk memang buat tekak terasa nak makan sesuatu yang ringan, hangat dan menenangkan. Nak paling mudah, buat saja Sup Tauhu Telur simple yang mudah di rumah.

Sup Tauhu Telur sangat disukai ramai kerana kuahnya harum, ditambah pula dengan sedikit sayur yang menjadikannya hidangan ringkas namun tetap sihat untuk dinikmati.

Apabila tak tahu nak masak apa, ikut saja resipi Sup Tauhu Telur simple yang dikongsikan oleh Siti Zanariah Khalit di Facebook. Campak-campak, terus jadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Ayam Sedap Versi Chef Anis Nabilah, Kuah Takkan Hijau Kalau Ikut Cara Ini

RESIPI SUP TAUHU TELUR SIMPLE

sup tauhu telur simple

Bahan-bahan:

  • Tauhu telur (digoreng dengan minyak yang betul-betul panas)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Serbuk lada hitam
  • Udang atau isi ayam
  • Sos tiram (anggaran 2 sudu besar)
  • Cendawan shimeji atau shitake segar
  • Lobak merah (dihiris halus memanjang)
  • Daun sup (dihiris)
  • Tepung ubi (dibancuh dengan sedikit air, nak ganti dengan tepung jagung pun boleh)
  • 2 biji telur (dipukul dengan garfu)
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-cara masak:

  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan udang atau ayam dan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam.
  5. Sambil kacau kuah sup, tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.
  6. Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng.
  7. Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).
  8. Biarkan dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru kacau. Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.
  9. Akhir sekali, baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Zanariah Khalit

Baca juga: Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan, Menu Sihat Tapi Kenyang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN