resipi asam pedas ayam

Kalau sudah bosan makan ikan, anda boleh cuba resipi asam pedas ayam pula. Kuahnya pedas, masam dan wangi dengan daun kesum serta bunga kantan, sesuai dinikmati bersama nasi putih panas.

Bagi yang suka hidangan berkuah pekat, masak lebih lama supaya semua rempah menyerap ke dalam ayam. Hasilnya pasti memikat hati dan membuatkan selera bertambah! Jom kita cuba masak.

Baca juga: Resipi Ayam Sambal Butter Pedas Manis, Dah Curah Kuah Pun Masih Rangup!

RESIPI ASAM PEDAS AYAM

resipi asam pedas ayam

Bahan-bahan:

  • 10–15 biji cili kering
  • Sedikit cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 1 sudu kecil belacan
  • Sedikit lada hitam biji
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 2–3 tangkai daun kesum
  • 1–2 biji tomato
  • Air asam jawa secukupnya
  • Bunga kantan secukupnya
  • Timun, belimbing buluh (ikut suka)
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Nota: Semua bahan kecuali serai dikisar hingga halus.

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis serai sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar (cili kering, cili padi, belacan, lada hitam, kunyit, halia, lengkuas, bawang besar, bawang putih) dan masak hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan air asam jawa dan ayam, gaul rata. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan reneh sehingga ayam masak.
  4. Setelah ayam hampir masak, masukkan timun, belimbing buluh, daun kesum dan bunga kantan. Masak sehingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
  6. Siap untuk dihidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Sumber: Ninie Zaini

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Sedap, Nampak Biasa Tapi Sedap Lain Macam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN