resepi sambal bunga kantan

Buat yang belum pernah dengar tentang resepi Sambal Bunga Kantan, pasti terkejut selepas merasainya. Rupa-rupanya, lauk tradisional ini cukup unik dengan rasa segar dan pedas yang sukar dilupakan.

Sambal Bunga Kantan menggunakan bunga kantan sebagai bahan utama bersama cili kisar dan digandingkan dengan ikan bilis. Dalam masakan Melayu, bunga kantan terkenal dengan rasanya yang segar dan sedikit masam.

Jika anda sudah biasa dengan belacan atau tumis, kali ini apa kata cuba pula resepi Sambal Bunga Kantan yang dikongsikan oleh Nor Misnor di Facebook ini.

Baca juga: Rahsia Simpan Bunga Kantan Agar Tak Berbirat Hitam, Kekal Segar & Cantik Macam Baru Petik!

RESEPI SAMBAL BUNGA KANTAN

resepi sambal bunga kantan

Bahan-bahan:

Bahan-bahan kisar:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, hiris bunga kantan dan goreng sampai garing.

resepi sambal bunga kantan

Kredit gambar: Facebook Umi Faiz

2. Selepas itu, goreng pula ikan bilis sampai garing juga.

3. Kemudian, tumiskan bahan kisar sampai betul-betul garing dan pecah minyak.

4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, kemudian kacau sampai sebati.

5. Seterusnya, masukkan ikan bilis dan bunga kantan yang telah digoreng tadi.

6. Akhir sekali, kacau sampai sebati. Nak letak gula mengikut citarasa pun boleh. Siap untuk dihidang!

Bukan saja sedap, malah Sambal Bunga Kantan juga membuatkan kita terasa lebih dekat dengan warisan masakan Melayu. Gabungan rasa pedas dan segarnya pasti membuatkan anda tidak pernah jemu menikmatinya.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook Nor Misnor, PASAR TANI FAMA 

Sumber: Nor Misnor

Baca juga: Sambal Pucuk Ubi Rangup, Nak Hasil Elok Dan Tak Serap Minyak Guna Tips Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN