
Setiap kali tiba waktu makan tengah hari, pasti anda tercari-cari cara buat ayam goreng yang sedap. Maklumlah resipi jenis gaul, goreng dan siap memang kesukaan ramai.
Selain dijadikan sebagai lauk wajib di rumah, ayam goreng juga sentiasa menjadi pilihan sebagai bekal ke tempat kerja atau berkelah kerana mudah dimasak.
Setelah melihat resipi yang dikongsikan oleh Wani Hamzah di Facebook, anda akan tertarik dengan hasil ayam goreng yang sedap walaupun caranya biasa saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Tepung Ayam Goreng Buat Sendiri Di Rumah, Hasil Rangup Luar Biasa!
CARA BUAT AYAM GORENG YANG SEDAP

Bahan-bahan:
- Ayam (dipotong ikut suka)
- Serbuk kunyit
- Halia dan bawang putih (dikisar atau ditumbuk)
- Garam, gula dan serbuk perasa
- Tepung beras
- Serbuk cili
Cara-cara buat:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
- Gaulkan sampai sebati supaya perasa meresap ke seluruh bahagian ayam.
- Panaskan minyak yang cukup dalam kuali.
- Goreng ayam sampai warna keemasan dan nampak rangup, angkat dan toskan.
Tips tambahan supaya lebih rangup dan sedap:
- Tepung beras bantu tekstur jadi garing tanpa rasa terlalu berat.
- Nak lagi wangi, tambah sedikit serbuk ketumbar atau hirisan daun kari dalam minyak goreng.
- Jika suka pedas, tambah lebih serbuk cili atau sedikit serbuk kari.
- Nak ayam lebih juicy, perap 20 hingga 30 minit sebelum goreng.
Selamat mencuba!
Sumber: Wani Hamzah
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Crispy, Campur 3 Tepung Dapat Kerak Timbul-Timbul!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














