sambal belacan simple

Antara bau datang dari dapur yang paling disukai ramai mestilah aroma sambal belacan simple yang sering menjadi pilihan kerana rasanya pedas, masam dan mudah disediakan.

Resipinya mungkin berbeza mengikut tempat. Ada yang suka pedas menyengat, ada juga yang suka sedikit masam atau versi bakar macam orang dulu-dulu buat.

Tapi bagi pengguna Threads iaitu aa.rslee, sambal belacan versi maknya ini kekal menjadi pilihan terbaik. Walaupun simple, tapi hasilnya luar biasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sambal Jawa Paling Padu, Pedas Manis Sekata Sampai Licin Nasi!

RESIPI SAMBAL BELACAN SIMPLE

sambal belacan simple

Bahan-bahan:

  • 3 biji cili besar merah
  • 10 hingga 15 biji cili kecil merah atau hijau (ikut tahap kepedasan)
  • 1½ ibu jari belacan
  • 1 sudu garam kasar
  • 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  • Serbuk perasa (secukupnya ikut citarasa)

Cara-cara buat:

  1. Tumbuk semua cili bersama belacan dan garam kasar sampai lumat.
  2. Apabila sudah sebati, perahkan jus limau nipis dan gaul rata.
  3. Masukkan sedikit serbuk perasa mengikut selera.
  4. Jika mahu gunakan pengisar, masukkan sedikit air suam kira-kira ⅓ daripada jumlah bahan.

Sambal belacan bukan saja sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng, tapi juga serba boleh. Sebagai contoh, anda boleh gunakannya untuk dijadikan pes nasi goreng yang lazat.

Selamat mencuba!

Sumber: aa.rslee

Baca juga: Ibu Mentua Ajar Resepi Sambal Jantan Kelantan, Rasa Pedas Masam Yang Cukup Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN