buah rotan

Kuih buah rotan antara kuih tradisional yang tak lapuk dek zaman. Dari dulu sampai sekarang, memang ramai suka sebab teksturnya yang rangup di luar, tapi lembut dan kenyal bila digigit.

Sesuai sangat buat kudapan waktu petang sambil menonton televisyen. Jom tengok cara-cara membuat buah rotan yang dikongsikan oleh Puan Hamizah Yatim di bawah.

Baca juga: Resipi Kacang Botol Rangup Cara Mudah, Sekali Makan Memang Tak Boleh Berhenti!

RESEPI KUIH BUAH ROTAN

buah rotan

Bahan-bahan:

  • 500 g tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Bijan secukupnya
  • Sedikit air kapur
  • ½ cawan gula
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • 200 ml santan

Cara penyediaan:

  1. Larutkan gula dengan sedikit air, garam dan air kapur di atas api perlahan. Tak perlu lama, cukup sampai gula larut, kemudian tutup api.
    Masukkan santan, kacau rata dan biarkan sejuk sebentar.
  2. Bila campuran dah sejuk, tuangkan ke dalam tepung pulut dan tepung beras.
  3. Gaul rata, kemudian tambah air sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut (tak terlalu keras, tak melekat di tangan pun dah ok).
  4. Cubit adunan kecil-kecil, salutkan dengan bijan. Bulat-bulatkan doh dan tekan sedikit supaya bijan melekat elok.
  5. Panaskan minyak dengan api kecil. Tak perlu tunggu terlalu panas, boleh cuba masukkan sebiji kuih. Kalau keluar buih kecil-kecil, maknanya minyak dah cukup panas.
  6. Goreng kuih buah rotan dengan api kecil dari mula sampai habis supaya masak sekata dan tak hangus.
  7. Kacau perlahan semasa menggoreng supaya bijan tak tanggal dan kuih masak sekata.

Sumber: Hamizah Yatim

Baca juga: Resipi Sambal Garing Ikan Bilis, Ikut Rahsia Ini Agar Kekal Rangup & Tahan Lama Berbulan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN