Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya lebih istimewa. Gabungan rasa masam, pedas dan lemak menghasilkan kuah tomyam yang cukup berperisa serta membuka selera.

Hidangan ini antara pilihan yang sesuai apabila terasa ingin menikmati makanan berkuah yang menyelerakan. Tambahan ayam atau makanan laut bersama sayur-sayuran menjadikan tomyam ini lebih mengenyangkan dan sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau malam.

Paling sedap apabila dinikmati bersama nasi putih. Kuahnya yang kaya dengan rasa membuatkan hidangan ini terasa cukup lengkap, terutama ketika mengidam sesuatu yang berkuah, mengenyangkan dan memberikan rasa selesa selepas seharian sibuk.

Baca juga: Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

RESEPI TOMYAM FIZO OMAR

resepi tomyam fizo omar

Bahan-Bahan:

  • 1 liter air
  • 2 batang serai, diketuk
  • 3–4 keping lengkuas
  • 5–8 biji cili padi
  • 2–3 tangkai akar ketumbar
  • 3–4 sudu besar pes tomyam
  • 1 batang lobak merah, dihiris
  • 1 biji bawang besar, dipotong
  • 300–500g ayam atau makanan laut pilihan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar bahan perasa tambahan
  • 3–4 helai daun limau purut
  • 2–3 sudu besar jus limau
  • 1 senduk susu cair (anggaran 100ml)
  • 1 genggam daun ketumbar, dihiris
  • 2 sudu besar gula kabung (dihiris atau disagat)

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk sehingga memenuhi kira-kira suku bahagian periuk.
  2. Masukkan serai, lengkuas, cili padi dan akar ketumbar.
  3. Tambahkan pes tomyam secukupnya. Pastikan pes digunakan dengan banyak supaya kuah lebih berperisa.
  4. Masukkan lobak merah dan bawang besar.
  5. Kemudian, masukkan pilihan lauk seperti ayam atau makanan laut.
  6. Tambahkan dua sudu besar sos ikan dan kacau hingga sebati.
  7. 7. Masukkan dua sudu besar gula kabung dan kacau sehingga larut. 
  8. Masukkan daun limau purut dan perahan air limau.
  9. Tuangkan satu senduk susu cair untuk menghasilkan kuah yang lebih berlemak.
  10. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar. Siap untuk dinikmati!

Sumber: Threads @wanmuni_

Baca juga: Resipi Ikan Bakar Tomyam, Pesnya Yang Pedas Masam Meresap Sampai Ke Dalam Isi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending