
Sambal garing ikan bilis memang jadi kegemaran ramai sebab rasanya pedas, masin, manis seimbang dan rangup bila dimakan.
Kalau buat banyak, boleh simpan untuk stok makan dengan nasi panas, bubur atau bawa bekal sekali pun. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan di bawah.
Baca juga: Resipi Serbuk Ikan Bilis Homemade, Perasa Sihat Tanpa MSG Ini Wajib Ada Di Dapur!
RESIPI SAMBAL GARING IKAN BILIS

Bahan-bahan:
- Ikan bilis (ikut kuantiti yang nak buat)
- Bawang merah goreng siap (atau goreng sendiri)
- Cili kering (dibasuh, dibuang biji)
- 1 kiub pati ikan bilis
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Cuka makan
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga buih hilang. Sebelum angkat, masukkan dua hingga tiga sudu besar cuka untuk memastikan ikan bilis kekal garing.
- Sediakan cili kering yang telah dibasuh dan dibuang biji. Goreng dengan sedikit minyak sahaja, jangan sampai hangus. Pastikan betul-betul kering supaya sambal tidak cepat rosak.
- Untuk tahan lebih lama, bakar sekejap cili kering yang telah digoreng tadi dalam oven. Jika buat untuk jual, sebaiknya jangan skip langkah ini. Kalau untuk makan sendiri, boleh teruskan tanpa bakar.
- Bila cili sudah sejuk, kisar bersama gula, garam, kiub pati ikan bilis dan sedikit ikan bilis goreng.
- Gaulkan bahan kisar dengan bawang merah goreng dan baki ikan bilis yang telah digoreng.
- Akhir sekali, rasa sambal. Tambah garam jika kurang masin atau gula jika kurang manis. Pastikan rasa seimbang mengikut cita rasa sendiri.
Tip tambahan:
Gunakan minyak sekadar cukup untuk menggoreng, jangan sampai cili terendam kerana sambal akan jadi terlalu berminyak. Kalau nak cepat, boleh gunakan bawang merah goreng readymade. Sambal ini kalau disimpan dalam bekas kedap udara boleh tahan sehingga berbulan-bulan.
Sumber: Ain Nawi II
Baca juga: Sambal Kacang Ikan Bilis Kering Rangup & Pedas Manis, Sekali Buat Boleh Tahan Berminggu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














