Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan kuah berempah. Gabungan rasa masam buah kedondong bersama kuah santan yang lemak menjadikan hidangan ini cukup menarik untuk dinikmati bersama nasi putih.
Keistimewaan resipi pajeri kedondong ini terletak pada penggunaan rempah kari, udang kering dan kerisik yang memberikan rasa lebih kaya. Bahan-bahan tersebut dimasak bersama santan sehingga menghasilkan kuah yang pekat dan beraroma.
Bagi yang suka makan pajeri dengan kuah yang lebih likat, boleh masak sehingga kuah menjadi pekat mengikut cita rasa. Jika lebih gemarkan kuah yang berair, tambahkan sedikit air semasa memasak. Jom cuba resipi perkongsian ini!
Baca juga: Cara Masak Pajeri Nanas Sedap, Kuah Kena Sedikit Manis Barulah Rasa Menjadi
RESIPI PAJERI KEDONDONG

Bahan kisar:
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji bawang besar
- Halia secukupnya
- 2 sudu udang kering
Bahan-bahan lain:
- Buah kedondong secukupnya
- 4 hingga 5 sudu rempah kari daging atau ikan
- Daun kari
- Rempah tiga sekawan
- Santan pekat
- 2 hingga 3 sudu kerisik
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk perasa secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan udang kering sehingga halus. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis daun kari dan rempah tiga sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga layu serta naik bau.
- Masukkan rempah kari daging atau ikan. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit air setiap kali minyak mula terbit dan ulang proses ini sehingga tumisan pecah minyak sebanyak tiga kali.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
- Masukkan buah kedondong yang telah dibuang kulit. Kemudian, tuangkan santan pekat dan gaul sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan kerisik dan kacau rata. Biarkan masak sehingga kuah mencapai kepekatan yang diinginkan.
- Jika suka kuah pekat, teruskan memasak sehingga kuah menjadi lebih likat. Jika gemarkan pajeri yang berkuah, tambahkan sedikit air mengikut kesesuaian.
- Setelah buah kedondong masak dan kuah sebati, tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih!
Sumber: Anys EiCha
Baca juga: Resipi Pajeri Terung Yang Pekat Memikat, Rupanya Ada 1 Bahan Buat Rasa Lagi Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

