kacang botol rangup

Pernah dengar kudapan tradisi yang dipanggil kacang botol rangup? Kuih lama ini memang popular zaman dulu, selalunya dibuat masa hari raya.

Rasanya manis, rangup dan cukup nostalgia. Walaupun jarang orang buat sekarang, kacang botol rangup tetap jadi pilihan bila nak kudapan ringkas tapi sedap.

Baca juga: Cucur Udang Rangup di Luar & Lembut Gebu Di Dalam, Lengkap Dengan Kuah Kacang Pekat Berlemak!

RESIPI KACANG BOTAK RANGUP

kacang botol rangup

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah (pilih yang elok, jangan ada yang rosak)
  • Sedikit tepung beras (untuk lebih rangup)
  • Tepung gandum (digunakan banyak untuk salutan pada kacang)
  • Gula pasir (ikut tahap kemanisan yang disukai)
  • Garam
  • Telur
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)
  • Sedikit esen vanilla (jika suka)

Cara-cara:

  1. Basuh kacang tanah sekejap saja, jangan lama supaya kulit tak tertanggal. Toskan.
  2. Kisar telur bersama gula, garam dan serbuk perasa.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi kacang, gaul sebati.
  4. Masukkan sedikit tepung beras, kemudian tepung gandum. Gaul hingga setiap kacang bersalut tepung dengan baik. Pastikan salutan kering, bukan berair.
  5. Panaskan minyak, goreng kacang sambil kacau selalu. Bila kacang berbunyi meletik, itu tanda hampir masak. Teruskan goreng dengan api perlahan hingga bertukar keemasan.
  6. Angkat dan toskan minyak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Hazel Qistina

Baca juga: Tip Mudah Hilangkan Bau Tengik Pada Kacang Tanah, Ikut 5 Langkah Mudah Ini!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN