bancuhan tepung goreng

Kalau selalu goreng pisang atau cempedak tapi hasilnya tak juga garing macam beli di gerai, anda kena cuba resipi bancuhan tepung goreng rangup ini.

Resipi ini tak perlukan air kapur atau telur pun, tapi hasilnya tetap garing berderai dan tak serap minyak. Memang puas hati bila kunyah!

Rahsianya terletak pada kombinasi dua jenis tepung yang digunakan dalam resipi ini. Teksturnya kekal rangup dan tahan lama walaupun dah sejuk.

Bancuhan ini boleh digunakan untuk menggoreng pisang, sukun, cempedak atau ubi keledek. Jom baca resipi penuh di bawah!

Baca juga: Tip Rebus Jantung Pisang Supaya Putih Bersih & Tiada Birat Hitam, Dijamin Berkesan!

RAHSIA BANCUHAN TEPUNG GORENG RANGUP TANPA AIR KAPUR & TELUR

bancuhan tepung goreng

Bahan-bahan:

  • 2 senduk tepung beras
  • 1 senduk tepung gandum
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya (bancuh hingga jadi adunan sedang pekat)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kering dalam bekas (tepung beras, tepung gandum, kunyit dan garam).
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga adunan jadi sedang pekat (tak terlalu cair, tak terlalu likat).
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Celup bahan gorengan seperti pisang, cempedek atau ubi ke dalam adunan.
  5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kekuningan dan garing.
  6. Angkat dan toskan minyak.
  7. Kerak gorengan ini boleh kekal rangup hingga 2–3 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Salizawati Salleh

Baca juga: Resipi Sos Black Pepper Chicken Chop, Guna ‘Bahan Ini’ Sebagai Ganti Tepung Untuk Pekatkan Kuah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN