bubur puteri mandi

Kalau sebelum ini biasa makan puteri mandi berwarna-warni, kali ini jom cuba versi yang lebih unik iaitu Bubur Puteri Mandi Labu. Teksturnya lembut, lemak manis dan ada rasa semula jadi labu yang wangi. Sesuai sangat dijadikan pencuci mulut atau sajian petang.

Menariknya resipi ini, kita tak perlukan pewarna pun untuk dapatkan warna kuning keemasan yang cantik. Warna dan aroma datang sepenuhnya daripada labu yang direbus dan dilenyek halus. Rasanya juga lebih lembut dan tidak terlalu manis, sesuai untuk semua peringkat umur.

Kalau nak lagi sedap, hidangkan waktu suam dengan taburan biji sagu dan kuah santan pekat. Bila disuap, rasa lemak manis labu dan santan bersatu dengan tekstur kenyal bebola pulut. Memang buat tak cukup satu mangkuk!

Baca juga: Resipi Kuih Lopes Pandan, Kombinasi Manis Gula Melaka & Pulut Menggamit Nostalgia

RESEPI BUBUR PUTERI MANDI LABU

bubur puteri mandi

Bahan-bahan:

  • 1 potong labu (dikupas kulit dan dipotong kecil)
  • 1 cawan tepung pulut (anggaran, ikut kelembutan doh)
  • Sedikit garam
  • Sedikit air (jika doh terlalu keras)
  • Gula melaka secukupnya
  • 2 helai daun pandan
  • ½ cawan santan
  • Sedikit biji sagu (direndam terlebih dahulu)
  • Gula pasir secukup rasa (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Rebus labu hingga lembut, kemudian lenyek hingga halus.
  2. Masukkan tepung pulut dan sedikit garam. Gaul hingga sebati. Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil seperti dalam gambar.
  4. Dalam periuk lain, masak gula melaka bersama daun pandan hingga gula larut dan mendidih.
  5. Masukkan bebola doh labu ke dalam air gula yang sedang mereneh.
  6. Apabila doh mula timbul dan masak, masukkan santan serta biji sagu yang telah direndam.
  7. Kacau perlahan hingga sebati dan kuah kelihatan sedikit pekat.
  8. Rasa dan tambah gula pasir jika kurang manis.
  9. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Resipi Kuih Lepat Pisang Bersantan, Wangi Daun & Rasa Lemak Manis Memang Tak Cukup Satu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN