kuih lepat pisang

Kuih lepat pisang antara kuih tradisi orang dulu-dulu yang dibalut daun pisang dan dikukus hingga naik bau harum. Gabungan rasa pisang emas yang manis, santan yang lemak berkrim dan bau daun pisang yang wangi memang cukup sempurna.

Bagi yang rindu nak rasa kuih kampung macam zaman tok-tok dulu, jom cuba resepi kuih lepat pisang bersantan ini. Bahannya ringkas, cara buat pun mudah dan sesuai sangat untuk minum petang.

Baca juga: Resipi Lepat Liat Nostalgia Utara, Kuih Tradisi Liat Manis Yang Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

RESEPI KUIH LEPAT PISANG BERSANTAN

kuih lepat pisang

Bahan-bahan:

  • 12 biji pisang emas (dilenyek halus)
  • 2 sudu besar gula merah (boleh tambah ikut manis)
  • Secubit garam
  • 1 kotak santan (65ml)
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • Daun pisang secukupnya (dicuci bersih dan disapu sedikit minyak)

Cara-cara:

  1. Dalam satu mangkuk besar, lenyek pisang hingga halus.
  2. Masukkan gula merah, garam, santan, tepung beras dan tepung gandum.
  3. Gaul rata hingga adunan sebati dan tidak terlalu cair. Kalau lembik sangat, boleh tambah sedikit tepung gandum.
  4. Sediakan daun pisang, lap kering dan sapu sedikit minyak supaya tak melekat.
  5. Ambil sesenduk adunan, letakkan atas daun dan lipat ikut cara masing-masing (sama ada gulung, lipat segi empat atau lipat bucu).
  6. Susun dalam pengukus dan kukus selama lebih kurang 25 minit dengan api sederhana.
  7. Bila siap, biarkan sejuk sekejap sebelum dihidangkan.

Sumber: Mdm Seri

Baca juga: Cara Buat Lepat Cendol Bergedik, Lemak Manis Yang Mudah & Pasti Jadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN