kuih lopes pandan

Kuih lopes pandan memang antara kuih tradisional yang tak pernah jemu dimakan. Pulutnya lembut, wangi pandan dan manis gula Melaka cair, memang padu gabungannya.

Sekarang pun, ramai yang masih suka rasa kuih ini sebab nostalgia dan rasanya yang tak pernah mengecewakan.

Bila pulut wangi daun pandan digandingkan dengan gula Melaka yang pekat dan manis berkaramel, memang tak cukup makan satu!

Baca juga: Resipi Kuih Tart Telur Mini, Ramai Ingat Renyah Tapi Rupanya Senang Sangat!

RESEPI KUIH LOPES PANDAN

kuih lopes pandan

Bahan-bahan untuk pulut:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 ½ cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • Kelapa parut putih secukupnya

Bahan-bahan untuk air gula melaka:

  • Sedikit air
  • Gula pasir secukupnya
  • Gula merah secukupnya
  • Gula melaka secukupnya

Cara-cara:

  1. Rendam beras pulut selama 1–2 jam, kemudian toskan dan letakkan dalam loyang.
  2. Kisar santan bersama daun pandan, kemudian tapis untuk dapatkan warna hijau semula jadi.
  3. Tuangkan santan ke dalam loyang berisi pulut, masukkan garam dan gula. Kacau hingga sebati.
  4. Pastikan paras santan sekata dengan pulut. Kalau kurang, tambah sedikit lagi. Jangan biar santan melebihi pulut, nanti pulut jadi terlalu lembik.
  5. Kukus selama 20–25 minit hingga pulut masak sempurna.
  6. Bila siap, ceduk sedikit pulut ke dalam acuan. Tekan padat dan keluarkan perlahan-lahan.
  7. Kukus sekejap kelapa parut putih bersama sedikit garam, kemudian biarkan sejuk.
  8. Gaulkan pulut yang siap dengan kelapa parut tadi. Siap untuk dihidang!

Cara buat air gula melaka:

  1. Satukan air, gula pasir, gula merah dan gula Melaka dalam periuk.
  2. Masak hingga semua bahan larut dan kuah sedikit pekat.
  3. Siap untuk dituangkan atas kuih lopes pandan!

Sumber: Jaja Noriza

Baca juga: Cara Buat Kuih Lompang, Ikut Sukatan Ini Confirm Jadi Cantik & Berlubang Tengah Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN