resepi puding karamel pandan

Kalau dah selalu buat puding karamel biasa, jom cuba resepi puding karamel pandan ini pula. Cara nak buat pun mudah sangat, tak perlu guna telur pun!

Rasanya yang lemak manis dengan aroma pandan yang wangi memang sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut, terutama ketika cuaca panas.

Resipi ini juga berbeza dengan puding karamel biasa yang guna telur, versi ini lebih ringan dan tak berbau hanyir langsung.

Selain itu, cara ini juga tak perlu kukus atau bakar pun. Cuma masak atas dapur, tuang dalam acuan dan sejukkan dalam peti. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Puding Buih Berkuah, Rasa Lemak Manis & Cair Dalam Mulut!

RESEPI PUDING KARAMEL PANDAN TANPA TELUR

resepi puding karamel pandan

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir
  • ½ cawan air panas
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air
  • 2 cawan air daun pandan (kisar 5 helai daun pandan bersama air & tapis)
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu teh emulco pandan (jika tiada boleh abaikan)
  • Pewarna hijau epal (secukupnya)

Cara-cara:

  1. Cairkan gula atas api kecil hingga perang.
  2. Masukkan air panas, kacau perlahan hingga gula larut semula. Tuang satu sudu besar ke dalam setiap acuan dan ketepikan.
  3. Satukan semua bahan lain ke dalam kuali atau periuk. Kacau hingga sebati sebelum buka api.
  4. Masak atas api sederhana sambil dikacau sentiasa hingga mendidih dan adunan menjadi pekat.
  5. Tuang ke dalam acuan berisi karamel hingga penuh.
  6. Sejukkan dalam peti ais 3-4 jam atau semalaman hingga mengeras.
  7. Terbalikkan ke atas pinggan dan sedia untuk dinikmati ketika sejuk.

Sumber: Nor Al Fatihah Tihah

Baca juga: Resipi Puding Kastard Jagung ‘Gedik’ & Lemak Manis, Senang Saja Nak Buat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN