
Puding Kastard Jagung salah satu pencuci mulut yang mudah disediakan dan digemari ramai. Teksturnya yang lembut dengan rasa lemak manis sesuai dinikmati ketika sejuk.
Bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan cara penyediaannya juga ringkas serta tidak mengambil masa yang lama.
Resipi yang dikongsi oleh Mariana Zainal ini pasti menarik minat anda. Sukatan bahannya jelas dan cara penyediaannya pun mudah, jadi sesiapa sahaja boleh cuba walaupun baru mula belajar memasak.
Baca juga: Resipi Puding Laici Berkuah, Nikmat Sungguh Makan Sejuk-Sejuk Waktu Berbuka!
RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan-bahan:
- 1 tin jagung creamy (beli yang creamy, pastikan baca label pada tin)
- 300 gram tepung kastard
- 1 kotak kecil santan
- 1800ml air (9 cawan)
- 200 gram gula (1 cawan)
- 250 gram susu pekat manis (1 cawan)
- 3 gram garam (1 sudu teh)
- Pewarna kuning lemon (jika perlu, kalau guna custard Bird tak perlu tambah pewarna)
Cara-cara:
- Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan sedikit air, kemudian buang airnya dan lapik dengan plastik dalam loyang (boleh guna bekas tupperware, senang nak makan).
- Satukan semua bahan dalam satu bekas, kacau hingga larut.
- Masak adunan di atas api sederhana perlahan, sentiasa kacau menggunakan whisk (jangan tinggalkan. Memang lenguh sikit-sikit itu biasa).
- Apabila adunan sudah berkilat dan mula meletup-letup, boleh tutup api.
- Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas tupperware, biarkan sejuk.
- Setelah sejuk, boleh dipotong mengikut citarasa. Sedap juga jika dimakan sejuk (boleh simpan dalam peti sejuk).
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Resipi Puding Karamel Yang Lembut & Sedap Tanpa Bau Telur, Ini Rahsianya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














