udang butter

Kalau anda penggemar lauk seafood, Resipi Udang Garlic Butter ini memang wajib dicuba. Udang yang digoreng rangup dengan aroma wangi bawang putih, cili dan daun kari pasti buat sesiapa saja terliur.

Kombinasi udang yang rangup digoreng bersama tumisan mentega dan bawang putih menjadikan hidangan ini cukup istimewa, walaupun cara memasaknya sangat mudah dan ringkas.

Paling menarik, resipi ini tak memerlukan bahan yang rumit. Sesuai sangat untuk anda yang sibuk tapi tetap mahu hidangkan menu sedap untuk keluarga.

Jadi, kalau ada udang segar di rumah, jom cuba resipi simple tapi padu ini. Pasti semua orang makan bertambah!

Baca juga: Resipi Sambal Udang Petai, Warna Merah Menyala Buat Tak Sabar Nak Makan!

RESEPI UDANG BUTTER GARLIC

udang butter

Bahan-bahan:

  • Udang (disalut dengan tepung beras, serbuk cili, lada hitam dan garam)
  • Butter
  • Cili (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Daun kari
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada hitam

Cara memasak:

  1. Mula-mula, gaulkan udang dengan tepung beras, serbuk cili, lada hitam dan garam.
  2. Kemudian, goreng udang sampai bertukar keperangan. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Dalam kuali lain, cairkan butter.
  4. Masukkan cili, bawang putih dan daun kari. Tumis sampai naik bau.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
  6. Masukkan udang yang telah digoreng, kemudian gaul sehingga semua bahan sebati.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Irdinaarffn via Facebook

Baca juga: Peniaga Kongsi Tip Udang Goreng Rangup & Cantik, Kena Bancuh Tepung Guna ‘Teknik’ Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN