sotong goreng lada hitam

Jika anda peminat makanan laut dan suka rasa pedas berempah, Sotong Goreng Lada Hitam ini wajib dicuba. Selain mudah dimasak, ia sesuai sebagai lauk buat seisi keluarga.

Sotong Goreng Lada Hitam ini mempunyai aroma tumisan lada hitam yang wangi. Berpadu dengan tekstur sotong lembut dan sedikit kenyal, memang cukup memikat selera.

Nak cuba masak lauk ini di rumah, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Siti Fatimah di Facebook dengan langkah demi langkah yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!

RESIPI SOTONG GORENG LADA HITAM

sotong goreng lada hitam

Bahan-bahan:

  • 1kg sotong
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 2 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit daun bawang
  • Air asam jawa
  • 1 ketul pati ayam

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk lada hitam, halia, bawang kecil dan bawang putih sampai hancur.

2. Kemudian, gaulkan bahan tumbuk tadi dengan sotong bersama serbuk kunyit, sedikit garam dan gula secukupnya.

3. Selepas itu, goreng kentang dan ketepikan terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tumis sotong dan masak sampai air sotong kering.

5. Masukkan air asam jawa, pati ayam dan kentang goreng dan masak sampai kuah pekat.

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar, daun bawang, cili padi dan cili merah. Siap untuk dihidang!

sotong goreng lada hitam

Lihat betapa mudahnya masak Sotong Goreng Lada Hitam ini di rumah. Jika anda tengah cari idea lauk yang ringkas tapi sedap, resipi ini memang patut masuk dalam senarai.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Fatimah

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Lari, Teknik Ini Dapat Rangup Sempurna!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN