cara buat tepung pelita

Apabila ke bazar Ramadan, semestinya kuih Tepung Pelita yang dicari. Jika teringin sangat, anda tetap boleh dapat hasil menjadi dengan cara buat Tepung Pelita versi moden ini.

Tepung Pelita merupakan kuih tradisional paling popular pada bulan Ramadan. Senang cerita, tak lengkaplah hidangan sewaktu berbuka jika tiada kuih ini di depan mata.

Biasanya orang akan cari kuih Tepung Pelita di bazar Ramadan. Namun, cara buat kuih ini sebenarnya agak mudah dan anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

Munasnainu Mustapha telah kongsikan cara buat Tepung Pelita di Facebook secara moden dan anda boleh lihat sendiri betapa mudahnya dihasilkan di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Acuan Tepung Pelita Tanpa Lidi Dan Stapler, Lebih Selamat Makan!

CARA BUAT TEPUNG PELITA VERSI MODEN

cara buat tepung pelita

Bahan-bahan untuk bahagian bawah (hijau):

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air pandan
  • 1 sudu teh air kapur (jangan banyak, nanti pahit, sederhana pekat saja)

Bahan-bahan untuk bahagian atas (putih):

  • 4 cawan santan
  • 4 sudu besar tepung beras
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar tepung beras, gula, air pandan dan air kapur sampai sebati.

2. Masak sampai likat dan meletup-letup, kemudian tutup api.

3. Selepas itu, masukkan lapisan hijau ke dalam bekas.

4. Setelah siap dimasukkan ke dalam bekas, baru masukkan ½ sudu kecil gula di atas lapisan hijau.

cara buat tepung pelita

5. Biarkan gula itu cair seketika dan sementara itu, boleh masak lapisan putih pula.

6. Campurkan santan, tepung beras dan garam sampai sebati, kemudian kacau sampai sebati.

7. Masak sampai likat dan meletup-letup, kemudian tutup api.

8. Akhir sekali, tuang ke dalam adunan hijau tadi. Siap untuk dinikmati!

Dengan resipi Tepung Pelita versi moden ini, dapatlah lepaskan keinginan anda untuk menikmatinya sewaktu berbuka puasa bersama keluarga tersayang di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Munasnainu Mustapha

Baca juga: Resepi Kuih Limas, Macam Tepung Pelita Tapi Beza Satu Bahan Saja

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN