resepi ikan cencaru sumbat

Resepi ikan cencaru sumbat ini ada peminatnya! Bila makan sedap tak terkata, tak perlu lauk lain dah.

Cuma, bila digoreng sambal dalam ikan boleh terkeluar dan cepat hangus. Memang pening kepala dibuatnya!

Bagi mengelakkan masalah ini berlaku lagi, jom MyResipi kongsikan tip mudah yang boleh anda cuba.

Baca juga: Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka, Lauk Ringkas Tapi Sampai 3 Kali Tambah Nasi!

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT

resepi ikan cencaru sumbat

Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru (dibersihkan dan dibelah belakang)
  • Cili kisar
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Serai (ditumbuk halus atau diblend)
  • Asam jawa – bancuh dengan sedikit air
  • Garam
  • Gula (bukan untuk manis, tetapi untuk seimbangkan rasa asam)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan (cili kisar, bawang putih, serai, asam jawa, garam dan gula) dalam sebuah kuali.
  2. Masak campuran bahan tadi tanpa minyak atas api sederhana, kacau hingga cili pekat dan airnya hampir kering. Ketepikan sambal ini.
  3. Seterusnya, goreng ikan cencaru yang sudah dibelah belakang hingga masak dan garing.
  4. Setelah ikan cencaru digoreng, sumbat sambal yang telah dimasak tadi ke dalam ikan tersebut.
  5. Ikan cencaru sambal siap untuk dihidangkan dan dimakan!

Tip:

Jika sambal menggunakan kelapa dan anda mahu goreng bersama dengan ikan, masukkan putih telur ke dalam sambal yang telah disumbat dalam ikan sebelum menggoreng.

Sumber: Siti Hajar MN

Baca juga: Rahsia Sambal Ikan Bilis Pekat & Tak Cair, Sedap Sampai Ramai Tanya Resipi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN