Cara buat donut frozen ini cukup mudah dan ringkas. Anda hanya memerlukan beberapa bahan asas untuk menghasilkan donut yang lembut dan sedap.
Setelah selesai proses menguli, menekap, dan menggoreng, donut ini boleh disimpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh dan langkah demi langkah seperti perkongsian di bawah.
Baca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang
CARA BUAT DONUT FROZEN
Bahan-bahan:
- 2 cawan air suam
- 2 peket yis
- 2 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar gula
- 1 kg tepung
- 4 sudu baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
Cara penyediaan:
1. Satukan air, yis, susu pekat dan gula. Kacau sampai gula hancur dan diamkan selama 15 minit.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung, marjerin, baking powder dan garam.
3. Gaul dan ramas semua bahan sehingga rata.
4. Selepas itu, masukkan yis yang sudah kembang ke dalam adunan kering tadi.
5. Gaul sehingga rata tanpa menguli terlalu ‘sakan’. Kemudian, tutup bekas dan biarkan 45 minit.
6. Apabila doh sudah mengembang, uli sekali lagi sampai tiada angin.
7. Sambung rehatkan doh selama 3-5 minit.
8. Selepas itu, sudah boleh mendonat. Ambil sedikit doh, tekan-tekan dan lebarkan. Ketebalan jangan tebal, jangan nipis.
9. Biarkan doh yang sudah ditekap sehingga naik kembang.
10. Jangan biar doh kembang lama, bila nampak kembang terus goreng dalam minyak.
11. Biarkan sejuk sebelum simpan dalam plastik dan disejuk bekukan.
12. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Dahlia Ajja
Baca juga: Resipi Donut Gebu Dan Lembut, Ini Cara Salut Gula Supaya Tak Mudah Cair