resepi sambal telur

Resepi sambal telur ini memang hidangan yang semua orang suka, kan? Kombinasi telur yang lembut dengan sambal pedas manis memang buat kita tak sabar nak makan.

Walaupun resipi ini nampak mudah, tapi kalau kena gaya masaknya memang boleh buat bertambah makan!

Resipi ini juga tidak perlukan bahan-bahan yang susah dicari, dan kebanyakannya memang ada dekat dapur kita.

Yang paling penting, ada satu rahsia untuk dapatkan warna sambal yang cantik dan rasa yang cukup ummph. Nak tau apa dia? Kenalah cuba resipi ni!

Baca juga: Resipi Telur Kicap Sos Tiram Padu, Suami Puji Paling Sedap Di Dunia

RESEPI SAMBAL TELUR REBUS

Bahan-bahan:

(Kisar bahan-bahan ini)

Bahan lain:

  • Telur rebus yang digoreng
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • Nise atau gula melaka
  • Garam
  • Hirisan bawang holland

Cara-cara:

  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
  2. Tambah air dan tumis lagi.
  3. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, dan sos tiram (agak-agak je, lebih kurang 1 sudu, jangan banyak) dan renjis-renjis sedikit kicap manis.
  4. Untuk dapatkan warna sambal yang cantik, wajib letak nise atau gula  elaka. Saya letak 2 keping nise kecil.
  5. Tumis lagi hingga pecah minyak dengan elok.
  6. Masukkan sedikit garam.
  7. Akhir sekali, masukkan telur dan hirisan bawang Holland.

Ingat, apa-apa jenis sambal perlu ditumis hingga pecah minyak dengan betul. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Che’ Syazwani

Baca juga: Resipi Telur Itik Masak Lemak, Ini PETUA Elak Telur Pecah Dalam Kuah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN