resepi sotong paprik

Banyak hidangan ringkas boleh dibuat sebagai menu tengah hari atau malam, salah satunya ialah resepi Sotong Paprik yang mudah.

Orang Malaysia cukup menyukai hidangan seperti Sotong Paprik dan siapa sangka, ia merupakan antara menu yang paling laku keras di restoran makanan Thai.

Resepi Sotong Paprik ini mempunyai kombinasi rasa manis dan pedas yang membuatkan sesiapa saja berselera apabila memakannya.

Nak memasaknya pun tak susah mana, anda boleh mengikut resepi Sotong Paprik yang dikongsikan oleh Nizam Ali di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Sotong Goreng Kunyit Berkuah, Rupanya Ramai Lebih Suka Versi Macam Ini!

RESEPI SOTONG PAPRIK

resepi sotong paprik

Bahan-bahan:

  • ½kg sotong putih
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang holland (bawang besar warna putih, dikisar)
  • 3cm halia (dikisar)
  • 250gm cili kering (dikisar)
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk sos cili
  • 500ml air
  • 2 helai daun limau
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit kacang panjang (sebagai hiasan)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (mengikut citarasa)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik baunya.

2. Masukkan sos tiram dan juga air, kemudian kacau sehingga rata. Selepas itu, masukkan sotong, daun limau purut, daun ketumbar dan kacang panjang.

3. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya, kemudian masak sekejap. Siap untuk dihidang!

resepi sotong paprik

Selain kacang panjang, anda juga boleh gunakan lobak merahbrokoli atau jagung kecil sebagai hiasan dalam resepi Sotong Paprik ini. Setelah itu, tak perlulah masak hidangan sayur lain lagi.

Janga lupa pastikan untuk masak sekejap saja dalam menyiapkan Sotong Paprik bagi mengelakkan sotong kecil dan kecut. Nak tambah sedap, anda boleh tambah sedikit belacan juga.

Manalah tahu tiba-tiba keluarga mentua, saudara atau kawan anda nak datang ke rumah tapi tak ada idea untuk hidangkan apa, bolehlah masak Sotong Paprik ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Nizam Ali

Baca juga: Udang Sweet Sour Paling Ringkas, Tak Letak Garam Pun Rasa Harmoni!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN