Categories: Infomasi

5 Jenis Makanan Jimat Orang Bujang

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-08-21 04:58:54

Sebagai student atau orang bujang, mesti lah ada hari yang mungkin kita tak de duit nak makan, malas nak keluar rumah atau bilik kolej. So biasanya kita akan stock up bilik dengan makanan. Korang mesti pernah makan atleast satu makanan dalam list ni. Jom kita explore!

1. Nasi Bujang

Picture Credit: ecomall.my

Hidangan nasi yang paling simple dan mungkin paling popular bagi students yang nak makanan murah tapi kenyang. Dengan hanya nasi putih, telur dadar, timun, sambal belacan dan sup, nasi bujang merupakan hidangan terbaik kalau korang ada hari yang tak berapa ada duit tapi perlu makan nasi. Biasanya nasi bujang ni dijual dengan harga RM2 ke RM3 je!

2. Roti Kaya

Picture Credit: njajan.com

Roti dengan sapuan kaya adalah lagi satu makanan kebiasaan orang bujang atau student. Biasanya roti dengan kaya tak de pun nak bagi kita kenyang. Cuma nak pastikan kita tak lapar. Tapi tak semestinya sebab tak de duit. Mungkin student yang malas nak keluar bilik akan makan ni je. Kita tak boleh nak judge eh!

3. Nasi, Sardin Dengan Telur

Picture Credit: pinterest.com

Ni perlukan effort lebih kalau nak makan tapi orang bujang memang banyak makan ni sebab guarantee kenyang. Murah je nak beli semua bahan, mungkin dalam RM4 atau RM5 total dan senang dimasak. Kalau dekat rumah dan kalau pandai buat actually sedap. Tapi kalau dah student biasalah, asalkan boleh ditelan dan kenyang!

4. Biskut dan Air Milo

Picture Credit: smilesgram.com

Hidangan "tea-time" ni admin pun biasa buat masa dekat kolej dulu. Eh, sekarang pun kadang-kadang buat. Bukannya sebab tak de duit pun, tapi sedap dibuat jajan atau sebab nak kunyah something. Tapi biasa bukan makan waktu tea-time pun. Biskut cream crackers dengan air milo, teh, atau apa-apa air panas pun sedap makan waktu malam bila sejuk. Hidangan simple ni cukup nak pastikan korang tak lapar sebelum tidur kalau tetiba craving nak kunyah something lepas makan dinner.

5. Nasi Lemak

Picture Credit: nyonyacooking.com

Admin tau korang cari nasi jugak waktu breakfast kalau bukan roti canai. Tak salah pun sebab nasi memang buat kita kenyang. Nasi lemak waktu breakfast memang padu. Not to mention dia murah jugak. Biasanya kalau nak betul-betul jimat tu waktu breakfast dah beli lebih untuk lunch sekali. Haa, kan dan save kat situ!

Tak terkejut Admin kalau korang dah pernah makan semua makanan dalam list ni. Biasalah, kita sebagai student atau orang bujang kalau tak de duit atau just malas nak keluar rumah. Mungkin korang sekarang dah makan mewah. Atau mungkin still amalkan makanan di atas. Bukan sebab tak mampu tapi sebenarnya sedap. Haa, itu terpulang kepada diri masing-masing. Yang penting, kita semua tak berlapar. 

myresipi

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

10 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

10 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

10 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

10 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

11 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

13 hours ago