PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-08-26 08:35:42
Madu merupakan antara makanan yang terbaik di dunia. Nasib juga dia manis! Sebab tu ramai yang suka guna madu sebagai pengganti gula. Satu sudu madu pun dah ada 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium. So jom lah kita explore lagi fakta tentang madu yang korang mungkin tak tahu lagi!
Of course ada banyak jenis madu di pasaran dan semua mungkin rasa lain-lain. Tapi semua jenis madu ni still ada kandungan madu yang asli, dan madu yang asli mengandungi Vitamin C yang sangatlah berkhasiat untuk badan kita. Madu juga mempunyai kalsium yang tinggi untuk menguatkan tulang kita dan zat besi untuk membantu sistem peredaran darah.
Haa dah banyak kali cakap ni. Madu adalah pengganti gula. Tapi jangan pula samakan gula putih tu dengan madu sebab banyak perbezaannya. Gula melalui banyak proses sebelum menjadi gula. Hal ini menyebabkan gula menjadi satu jenis pemanis yang tidak asli berbanding madu. Tambahan pula, madu dapat mengawal kadar gula dalam badan seseorang dengan dextrin, iaitu campuran gula biasa dengan madu.
Korang ada masalah kulit kepala macam kelemumur? Sapu je madu di area yang bermasalah dan ia pasti akan pulih dengan segera. Ramai yang menggunakan madu sebagai perawat masalah kulit. Ada masalah keguguran rambut? Haa, madu juga penyelesaian! Tak perlu terpedaya dengan produk mahal-mahal, madu mampu menyelamatkan kecantikan yang ada pada diri korang.
Ni especially untuk budak-budak. Jarang kita jumpa budak-budak yang suka rasa ubat batuk. Tapi kan madu pun ada? Rasa manis pula tu. Madu juga akan pastikan si pesakit tu tidur lena tanpa gangguan batuk. Easy kan? Sedap dan senang.
Macam dah cakap tadi, madu membantu dalam pengedaran darah. So secara logiknya kalau ambil madu, kita juga akan lebih bertenaga. Jangan terkejut kalau ada atlet sukan cakap dia makan madu untuk membantu dirinya bertenaga. Keadaan pening biasanya disebabkan oleh kekurangan darah dalam badan, Madu berfungsi untuk menambah sel darah merah dan kadar oksigen dalam badan.
Itu lah dia serba sedikit yang Admin dapat kongsikan. Banyak lagi khasiat madu sebenarnya. Kalau nak tahu lebih boleh explore sendiri. Tak rugi makan madu hari-hari. Pasti ada perubahan dari segi kesihatan.
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…