cuka makan

Ramai yang menganggap cuka makan sekadar digunakan untuk masakan seperti acar atau penambah rasa dalam sup.

Tahukah anda, cuka yang sering kita gunakan dalam masakan ini mempunyai pelbagai kegunaan yang mungkin ramai tidak tahu.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 21 kegunaan cuka makan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian anda.

Baca juga: Kegunaan Buah Keras Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satu Boleh Memekatkan Kuah!

21 PETUA CUKA MAKAN YANG RAMAI TAK TAHU

cuka makan

1. Menghilangkan masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur. Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar garam dan 1 sudu kecil cuka.

2. Membersihkan meja atau ‘counter top’ dan membuatkannya berbau harum semula. Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai. Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.

4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah. Tuangkan sehingga rata ½ cawan serbuk penaik dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.

5. Mencuci microwave yang kotor. Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.

6. Membersihkan rak dan dinding dalam peti ais. Lap menggunakan kain yang dicelupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.

7. Membersihkan daki dan kotoran di atas peti ais. Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.

8. Membersihkan pintu oven dari selaput minyak. Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.

9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar. Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.

10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan. Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.

11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik. Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.

12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan. Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.

13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain. Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.

14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk. Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan serbuk penaik dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.

15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas. Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.

16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin. Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.

17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’, hood dapur atau oven. Celupkan span ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.

18. Untuk menyegarkan bilik air. Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.

19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet. Campurkan 2 sudu kecil cuka, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. Vakum karpet tersebut pada keesokkan harinya.

20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape). Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam. Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan baking soda. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.

Sumber: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda

Baca juga: Jenis-Jenis Butter Premium Di Malaysia, No. 2 Paling Sedap & Ramai Guna!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN