Kalau korang pernah makan chicken mango, fuh rasa dia memang tak lengkap lah kalau tak ada sos khasnya. Rasa masam, manis dan pedas gabungan chicken mango dan sos cili ala Thai ini memang padu, nak buatnya pun sangat mudah.

Jom cuba masak sos chicken mango ini resepi sebiji seperti di Thailand

Bahan-bahan

  • 3 senduk cili sos Thai Siam
  • 3 senduk gula
  • 1 senduk air
  • 3 biji limau nipis besar (ambil jusnya)
  • 7 titik kicap manis nak bagi warnanya gelap sedikit
  • 2 ulas bawang putih*
  • 6 biji cili api*

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisar bahan yang bertanda *.
  2. Campurkan kesemua bahan di atas, dan masak sehingga gulanya larut.
  3. Siap dan boleh dimakan bersama chicken mango.

Sumber: Fariza Mohd Ghazali