Walaupun anda sedang berusaha untuk menguruskan badan, jangan risau kerana masih ada makanan rendah kalori yang boleh anda makan tanpa risau gemuk.
Makanan yang dikongsikan ini kaya dengan serat dan juga mempunyai kalori rendah. Jadi, ia tidak akan mengemukkan anda jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
Mari kita lihat apa 13 jenis makanan tersebut yang anda boleh makan tanpa perlu risau tentang berat badan.
Jika menggoreng popcorn dengan sedikit garam tanpa mentega dan gula, anda boleh menikmati popcorn tersebut tanpa was-was. Secawan popcorn hanya mengandungi 32 kcal (kalori).
Batang saderi mengandungi 95 peratus air. Ia bertindak sebagai detoks dalam badan dan mampu membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan.
Terung bakar atau panggang tanpa minyak hanya mengandungi 24 kcal. Oleh itu, anda boleh mengambil sayuran ini tanpa perlu mengehadkan jumlah pengambilannya.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, tidak digalakkan untuk mengambil buah-buahan dalam kadar yang banyak.
Namun berbeza dengan buah-buahan citrus. Contohnya buah oren, kaya dengan bahan-bahan serat, flavonoid dan vitamin C yang membantu penghadaman, mengenyangkan dan mencantikkan kulit secara semula jadi.
Tumbuhan alga seperti Laminaria adalah sumber terbaik iodin. Iodin merupakan bahan mineral yang terdapat dalam makanan laut. Ia merupakan bahan penting untuk menghasilkan hormon tiroid, iaitu hormon penting untuk mengawal tumbesaran, memperbaiki sel yang rosak dan mengawal metabolisma.
Sebiji zucchini hanya mengandungi kira-kira 42 kcal. Ia dapat meneutralkan nisbah kandungan garam dalam badan dan juga memperbaiki fungsi usus.
Timun merupakan sayuran yang sangat sesuai buat mereka yang ingin menurunkan berat badan. Sesuai letakkan di dalam sup dan juga. Ia juga sesuai dijadikan ‘snack’ atau dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Ubi bit adalah sumber protein yang membantu membakar lemak, menguatkan otot dan megawal gula dalam darah. Sebiji ubi bit hanya mengandungi 40 kcal.
Anda boleh menikmati telur tidak kira berapa kali sehari. Namun sebaiknya kuning telur dibuang kerana ia mengandungi kadar kolestrol yang tinggi. Pastikan telur rebus ya, bukan telur goreng.
Sebiji epal mengandungi kira-kira 50 kcal bergantung pada saiz. Buah ini mampu membuatkan anda berasa kenyang dan boleh mengawal sistem pencernaan. Plum pula kaya dengan vitamin C dan kalium yang baik untuk jantung.
Anda boleh menikmati sayuran ini sebanyak mana yang anda mahu kerana sehelai daun salad hanya mengandungi 3 kcal. Salad juga kaya dengan asid folic.
Buah-buahan beri kaya dengan vitamin C dan membantu menyingkirkan air yang berlebihan. Strawberi hanya mengandungi 33 kcal yang membantu dari segi penghadaman, meningkatkan penghasilan dua hormon yang membantu membakar lemak serta meningkatkan metabolisme tubuh.
Sayuran ini merupakan pilihan yang tepat buat anda yang mahu menjaga berat badan kerana kubis yang dipotong dadu hanya mengandungi 7 kcal. Kubis juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.
Kredit: Remaja
Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…
Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…
Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…
Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…
Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…
Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…