mengawal paras gula

Diabetes merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang dan setiap pesakit kencing manis wajib tahu tips untuk mengawal paras gula dalam darah supaya tiada sebarang komplikasi serius akan berlaku.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.

10 TIPS UNTUK MENGAWAL GULA DALAM DARAH

1. MELAKUKAN SENAMAN DENGAN LEBIH KERAP

Melakukan senaman bukan sahaja membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Namun ia juga membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.

Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan adalah seperti angkat berat, berjalan kaki, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,

2. KAWAL PENGAMBILAN KARBOHIDRAT

Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.

Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah.

Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.

3. SERAT MELAMBATKAN PENCERNAAN KARBOHIDRAT DAN PENYERAPAN GULA

Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.

4. MINUM AIR DENGAN CUKUP

Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.

5. KAWAL KALORI

Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil. Makan kerap bukan makan banyak.

6. PILIH MAKANAN KURANG GLYCEMIX INDEX

Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang.

Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

7. KAWAL STRES DAN TIDUR DENGAN CUKUP

Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.Jadi,adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.

8. PANTAU TAHAP GULA DALAM DARAH

Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.

9.AMALKAN MAKANAN TINGGI MAGNESIUM

Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang dan kekacang.

10. TURUNKAN BERAT BADAN

Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.

Oleh itu, pesakit diabetes perlu mengelekakkan makanan seperti semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya, kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.

Namun, pesakit diabetes boleh mengambil makanan ini mengikut sukatan. Makanan tersebut adalah bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.

Untuk mengawal paras gula dalam darah, pesakit boleh mengambil makanan ini secara bebas. Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.

Kredit: Dr Samhan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN