PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-23 08:50:42

Petang-petang ni mesti seronok makan laksam panas-panas. Tapi sekarang ni susah pulak nak cari laksam dekat kedai-kedai kan? Haa takpe, jangan risau! Tak susah pun, cuma gunakan sukatan cawa dan beberapa bahan je lagi. Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh CT Liz di Facebook.

Penyediaan Mi Laksam

Kredit: CT Liz Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau, tapis adunan.
  2. Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan.
  3. Oles tudung periuk dgn sedikit minyak masak. Kemudian masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak.

*Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis.

Penyediaan Kuah

Kredit: CT Liz Kitchen

Bahan-bahan:

  • Ikan kembong 8 ekor
  • Santan segar 
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • Ajinomoto (optional)
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • 2 keping asam keping

Cara-cara:

  1. Rebus ikan bersama asam keping dan garam, kemudian ambil isi ikan dan blend kan bersama bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
  2. Campur semua bahan ke dalam periuk, kemudian kacau sehingga mendidih.
     

Penyediaan Ulam & Cili

Kredit: CT Liz Kitchen  

Bahan-bahan:

  • Kacang panjang (dihiris)
  • Bunga kantan (dihiris halus)
  • Taugeh
  • Timun (dihiris panjang)
  • Kubis (dihiris halus)
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Tumis sampai pecah minyak. Baru masukkan sedikit garam dan gula.
  2. Tutup api, kemudian buang lebihan minyak tersebut.

Siap! Selamat mencuba!

Kredit: CT Liz Kitchen

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN