bekal lauk dalam periuk

Bagi individu sudah berkahwin, mereka mempunyai kelebihan apabila tiba waktu makan. Berbeza dengan golongan bujang, segelintir suami membawa bekal yang disediakan oleh pasangan.

Biasanya isteri akan meletakkan lauk bekal kepada suami dalam bekas lunch box. Namun lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila isterinya menyediakan bekal dalam ‘misteri box’.

Menerusi aplikasi TikTok, @bosshukex atau Mohd Shukrie Rahim memuat naik video yang dirakam salah seorang rakan memaparkan dirinya ‘dibahan’ kerana bekal yang dibawanya ‘besar’ lain macam.

Ada apa dalam ‘misteri box’?

Difahamkan, pemilik bekal itu sendiri tidak tahu apa isi bekal dalam beg tersebut. Oleh kerana tidak dapat menahan rasa ingin tahu isi dalam beg tersebut, rakannya menolong empunya bekal membuka beg tersebut.

Apa yang mengejutkan, bekal yang disediakan oleh isteri pemilik TikTok tersebut bukan biasa-biasa. Sebaik sahaja beg dibuka, kelihatan periuk besar yang berisi lauk ikan siakap.

Member tolong buka bekal untuk hilangkan segan

Meneroka ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka dan ada juga yang memuji rakan yang menyakat itu kerana ia boleh mengurangkan rasa segan pemilik bekal.

Netizen juga memuji isterinya kerana rajin membuat bekal untuk suami.

Video penuh:

@bosshukex

Kadang kadang malu juga bawa bekal. 😛 #bekalsuami

♬ Doaku Untukmu Sayang – Xeptemper

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN