Salad Kacang Pis dan Jagung

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Salad Kacang Pis dan Jagung?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 paket kacang snow pea 
  • 1 cawan isi jagung 
  • 200 g udang (Dibuang kulit) 
  • 1 biji capsicum merah (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris)
  • 2 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak) 
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 1 biji lemon (Diambil jusnya) 
  • 1 sudu teh madu 
  • 3 sudu makan minyak jagung 
  • ½ sudu teh lada hitam (Dikisar kasar)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus kacang snow pea selama 4-5 minit. Angkat dan masukkan ke 
    dalam mangkuk berisi ais. 
  2. Rebus isi jagung dengan sedikit air selama 1-2 minit. Tuskan. 
  3. Rebuskan udang selama 1-2 minit juga. Tuskan. 
  4. Bancuhkan semua bahan B dengan sedikit garam. 
  5. Masukkan semua bahan yang direbus dan bahan yang dihiris ke 
    dalam mangkuk. 
  6. Tuangkan bahan B dan bijan, kemudian gaul rata.

Leave a comment