Ferrero Rocher da'bomb

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ferrero Rocher da'bomb?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250 g mentega 
  • 150 g gula kastor 
  • 1 biji kuning telur 
  • 50 g bubble rice 
  • 100 g serbuk badam 
  • 100 g tepung jagung (diayak) 
  • 300 g tepung redrose /tepung biskut (diayak) 
  • 150 g badam cencang (dipanggang) 
  • 1 biji putih telur (dipukul) 
  • 250 g coklat masakan
  • Acuan kertas secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sapu mentega atas alas dulang pembakar dengan kertas minyak. Ketepikan. 
  2. Mentega, gula kastor, dan kuning telur dipukul sebati. 
  3. Masukkan bubble rice dan serbuk badam. 
  4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan tepung redrose ke dalam adunan bertih bubble rice dan serbuk badam. 
  5. Bulatkan menjadi doh kecil. Celupkan ke dalam putih telur. Salutkan dengan badam cencang. 
  6. Susunkan ke atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C dengan api atas dan bawah selama 20-25 minit. 
  7. Cairkan coklat masakan secara double boiler. 
  8. Apabila biskut sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang sudah dicairkan. Masukkan ke dalam acuan kertas.

Leave a comment