ayam lemon simple

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Chinese food yg simple..amik resepi kat rancangan ala-carte


Bahan-bahan diperlukan:

  • BAHAN A
  • 2 keping dada ayam - dihiris nipis (ikut citarasa)
  • 1 sK minyak bijan
  • 3-4 sB tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • garam & lada sulah secukup rasa
  • BAHAN B (SOS)
  • 1 cawan stok ayam (kalau xda, 1 cawan air + 1 kiub ayam)
  • 1/2 biji lemon (kalau suka lg masam, boleh guna 1 biji)
  • 2sB gula (ikut citarasa)
  • 2 sB tepung jagung + sedikit air (agen pemekat)
  • 2 sB tepung custard + sedikit air ( agen pewarna)
  • lada sulah ikut citarasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. UNTUK MENGGORENG AYAM 1. campurkan kesemua BAHAN A dalam 1 mangkuk 2. goreng dalam mimyak yg agak byk sehingga kuning keemasan. (make sure pisahkan setiap keping hirisan ayam, supaya tidak melekat)
  2. UNTUK SOS
  3. masukkan stok ayam dalam kuali
  4. agak-agak mendidih, masukkan perahan lemon
  5. masukkan gula dan air + tepung custard
  6. masukkan lada sulah & agen pemekat
  7. masak sehingga agak-agak likat
  8. lastly, tuang ke atas ayam yg telah siap digoreng.

Leave a comment