Rupanya-rupanya, perbezaan warna tag pada roti membawa maksud untuk pengguna yang membelinya. Mari kenali warna tag pada bungkusan roti.
Mesti ada yang pernah perasan, kalau membeli roti, ada perbezaan warna tag pada bungkusannya. Pernah tak terfikir kenapa warna tag tersebut mempunyai warna yang berbeza?
Selain dari tarikh luput dan harga, warna pada tag juga membawa maksud tersirat yang lain. Contohnya jenama roti Gardenia. Gardenia mempunyai 7 label warna tag yang mempunyai maksud yang berbeza daripada jenama roti yang lain.
Baca juga: Perbezaan FUNGSI Bawang Dalam Masakan, Tak Keliru Nak Pakai Nanti!
Bukan itu sahaja, setiap warna G-lock itu bermaksud ‘Hari’ roti tersebut dihasilkan. Contohnya, setiap Isnin, warna tagnya adalah putih, atau Selasa, warna tagnya adalah merah.
Menerusi perkongsian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), ia juga untuk memudahkan pengguna untuk pastikan kita mengetahui sama ada roti yang bakal dibeli itu masih baru ataupun hampir luput.
Mari ketahui warna tag pada bungkusan roti Gardenia yang dikongsikan oleh PPIM ini.
Warna tag roti Gardenia:
Semua warna tersebut dipanggil sebagai ‘The Colour of Freshness’. Jadi, selepas ini anda bolehlah lihat dahulu warna pada tag. Secara tak langsung, ia juga membantu anda untuk membeli roti yang lebih segar dan baru.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tak Boleh Simpan 6 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, Tapi Ramai Selalu Buat!
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…