ayam masak sambal special

Isteri mana yang tak bangga apabila suami puji melangit hasil masakan anda kan? Si isteri pun seronok apabila suami makan berselera sampai bertambah nasi sampai 2 pinggan. Seperti perkongsian oleh seorang wanita ini apabila suami memuji lauk ayam masak sambal special hasil air tangannya yang menyelerakan itu.

Dia turut berkongsikan resipi tersebut kepada orang ramai di laman sosial Facebook. Berikut merupakan Resipi Ayam Masak Sambal Sambal Special oleh Puan Lina Kassim:

Resipi Ayam Masak Sambal Special

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam bersaiz kecil (nak goreng separuh masak pun boleh)
  • 7 sudu besar cili kisar/cili boh (boleh kurangkan kalau taknak pedas)
  • 1 ketul kiub ayam
  • Kulit kayu manis
  • 6 tangkai daun kari 6 (wajib ada)
  • Daun pandan disimpul
  • Susu cair 1/2 cawan
  • Cili sos 2 sudu besar
  • Gula

Bahan kisar:

  • 4 batang serai
  • Lengkuas 2 inci
  • 2 inci Halia
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 labu bwg putih
  • 1 biji tomato

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan kisar.
  2. Tumiskan bahan kisar bersama daun pandan, kulit kayu manis dan campuran cili boh tadi.
  3. Masak sampai pecah minyak dan pekat. Kemudian masukkan susu cair dan daun kari. Kacau sebati dan perasakan dengan garam, gula dan kiub ayam.
  4. Masukkan ayam dan tambah sedikit air untuk dijadikan kuah. Masak sehingga ayam empuk.
  5. Siap! Makan dengan pulut pun sedap.
  6. Selamat mencuba!

ayam masak sambal

Kredit: Lina Kassim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN