ketam sweet

Ramai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya akibat jangkitan Covid-19. Kehilangannya telah memberi kesan begitu dekat kepada semua orang.

Arwah Siti Sarah juga sering berkongsi resipi-resipi masakannya kepada para peminatnya di laman sosial Instagram. Perkongsiannya dalam loghat Terengganu itu pasti akan dirindui nanti.

Resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ merupakan resipi terakhir yang sempat dikongsikan olehnya sehari sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU.

Berikut merupakan resipinya yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Ameera. Menurutnya, sedap sungguh resipi arwah Siti Sarah ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah

Bahan-bahan:

  • 10 ekor ketam
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • Halia besar ibu jari (cincang)
  • 2 sudu makan cili kisar kering (atau cili boh)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap cair
  • 1 mangkuk air
  • 1 sudu makan black vinegar
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara-cara:

1. Siang dan cuci bersih ketam.

2. Panaskan minyak. Bawang putih 6 ulas, halia besar ibu jari. Cincang begini. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan 2 sudu makan cili kisar kering. Sukatan ini anak anak pun boleh makan sama. Nak pedas letak lebih. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan 2 sudu makan sos cili, 1 sudu makan gula, 2 sudu makan sos tiram, 3 sudu kecil kicap cair, 1 mangkuk air, 1 sudu makan black vinegar, 1 sudu makan sos tomato dan garam secukup rasa.

5. Kemudian masukkan ketam. Gaul sehingga rata.

ketam sweet

6. Kemudian bila dah masak ketam tu, masukkan tepung jagung. Tepung jagung 2 sudu makan. Letak air sikit untuk larutkan. Masukkan dan gaul.

ketam sweet

7. Kemudian masukkan putih telur. Guna 2 biji telur ye. Telur kuning tak pakai.

8. Gaul rata dan tutup sekejap. Masak dalam 5-6 minit begitu.

9. Dah masak tutup api. Siap dah.

ketam sweet

10. Terima kasih arwag Siti Sarah. Perkongsian resipi juga salah satu saham kita di akhirat kelak. Selagi ada orang dimuka bumi ini menggunakan dan manfaatkan resipi, selagi itulah pahala kita terus mengalir.

ketam sweet

Kredit: Ameera

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN