gulai ayam kelantan

Setiap kali ke Kelantan memang wajib cari nasi berlauk gulai ayam Kelantan untuk sarapan pagi. Rasa dia memang padu habis.

Kalau ada yang dah lama nak cuba masak sendiri gulai ayam macam di Kelantan, boleh ikut resipi perkongsian oleh Afy AL Habibi atau lebih mesra dipanggil Cikgu.

Beliau merupakan anak jati Kelantan yang mewarisi resipi tersebut dari ibunya. Lihat resipi lengkap oleh beliau di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Rahsia Gulai Ayam Kelantan

gulai ayam kelantan

Gabungan rasa kuah yang unik, pekat dan secukup rasa. Cikgu suka gila makan kaki ayam empuk begini dan ‘kopeh-kopeh’ ayam yang lain.

Jom mula masak. Untuk kuantiti 6-7 ketul ayam.

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih saiz kecil
  • 3 hiris nipis serai
  • 1/2 hiris nipis lengkuas
  • 1/2 hiris nipis halia
  • 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis

Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.

gulai ayam kelantan

Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.

Di sini rahsianya. Sediakan campuran rempah gulai yang menjadi rasa gulai ayam lebih sedap.

  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1/2 sudu besar rempah kerutuk
  • 1/3 sudu kecil kecil serbuk cili

Untuk merasai sendiri keenakan gulai yang mempunyai rasa asli, sedap dan wangi bolehlah menggunakan rempah timbang yang dibeli di Kelantan.

Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.

Barulah masukkan 1 cawan air.

Masukkan perasa peringkat pertama:

  • 1/2 relung kecil nisse
  • 1/2 sudu besar garam
  • Sedikit perasa

Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.

Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam. Proses ini disebut ‘palo awah’ dalam bahasa Kelantan.

Disebabkan cikgu masukkan sekali kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.

Nah ini yang kita nak ya. Isi pada kaki ayam sedikit lekang.

Barulah boleh tambah 2 senduk santan.

gulai ayam kelantan

Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.

Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai.

Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.

Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya.

gulai ayam kelantan

Nanti makanlah nasi bungkus buat macam cikgu ni. Perghhh. Sedapnya memang sampai ke bulan. Selamat mencuba.

gulai ayam kelantan

Kredit: Cikgu Afy AL Habibi

Baca juga: Resipi Gulai Ayam Terengganu Style. Unik, Sedap & Punya Rasa Tersendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN